Pembagian Dalam I’tiqad

Pembagian Dalam I’tiqad

Pembagian Dalam I’tiqad

Pembagian Dalam I’tiqad
Pembagian Dalam I’tiqad

Pengertian sifat Nafsiah:

Sifat Nafsiah iaitu zat dari zat itu sendiri, bukan sifat yang menumpang pada zat itu, sifat ini dikatakan Nafsiah kerana tidak menunjukkan makna yang menumpang pada diri zat. Menurut jumhur ulama sifat ini menunjukkan kepada zatnya, bukan menunjukkan kepada perkara yang menumpang pada zatnya.

Sifat wujud dikatakan sifat nafsiah eretinya, wujud itu bukannya merupakan sifat yang menumpoang atau menempelpada zat Allah SWT, akan tetapi Zat Allah SWT itu dengan Wujud sendirinya kewujudan Allah. Ataupun zat Allah dengan wujud Allah tidak dapat dipisahkan. Berbeza dengan sifat ma’ani seperti Ilmu, kerana sifat ini merupakan sifat yang menempel pada zat Allah. Ertinya sifat Ilmu itu terpisah dengan Zat bukan dengan zat-Nya. Hanya sifat ‘wujud’ sahaja yang termasuk dalam sifat Nafsiah.

Pengertian sifat Salbiah :

Salbiah maksudnya, menanggalkan, menolak ataupun menafikan. Maksud sifat Salbiah dalam hal ini iaitu menolak sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah SWT. Umpamanya menolak sifat yang tidak layak bagi Allah seperti Baqa’ ertinya kekal sifat ini menafikan sifat Fana’ ataupunbinasa bagi Allah SWT.

 

Pengertian sifat Ma’ani:

Sifat Ma’ani ini ialah sifat yang maujud atau ada yang berdiri pada zat  Allah SWT yang menyebabkan Zat itu bersifat dengan suatu hukum sifat ma’nawiyah. Umpamanya sifat Ma’ani seperti Ilmu, sifat ini ialah sifat yang berdiri pada zat Allah.

Ertinya Ilmu itu sifat Allah bukan zat Allah. Allah SWT dapat mengetahui sesuatu dengan ilmuNya bukan dengan zatNya . Yang menyebabkan zat itu bersifat dengan sifat suatu hukum sifat Ma’nawiyah maksudnya kerana Allah SWT mempunyai sifat Ilmu, maka Allah katakan Kaunuhu ‘Aliman (keadaanNya berilmu) kerana Allah mempunyai sifat sama’ maka Allah dikatakan kaunuhu sami’an atau keadaanNya Mendengar.

 

Pengertian Sifat Ma’nawiyah:

Sifat Sifat Ma’nawiyah ialah suatu perkara yang sabit atau yang tetap bagi zat Allah SWT bersifat dengan sifat Ma’ani. Diantara sifat Ma’ani dengan sifat Ma’nawiyah tidak terpisahkan,. Misalnya Keadaan Allah berilmu ((Ma’ani) Ataupun Allah SWT dikatakan Kadirun (KeadaaNya berkuasa) kerana mempunyai sifat Qudrat (kuasa) dan begitulah seterusnya. Ada beberapa sebab sifat-sifat ini dinamakan ma’nawiyah iaitu

Sifat Ma’nawiyah merupakan cabang dari sifat Ma’ani. Sesuatu yang bersifat dengan ‘Alim danQadr umpamanya tidak boleh bersifat dengan sifat-sifat itu melainkan setelah adanya Ilmu dan qudrat baginya. Sifat Ma’ani adalah sebagai ilat atau sebagai malzum kepada sifat Ma’nawiyah sejak Azali lagi, perhubungan antara keadaannya adalah sebagai hubungan antara ilat denganma’lulnya.

 

Pembahasan I’tiqad 50

Dan yang wajib bagi Allah SWT

Sifat yang wajib diketahui oleh sekalian mukmin yang baligh berakal adalah 20 sifat; 20 sifat yang wajib dan mustahil (tidak mungkin) ada bagi-Nya. Dan satu lagi sifat yang harus ada bagi-Nya, yaitu :

 

Wujud artinya ada, mustahil Ia tidak ada.

Iaitu tetap dan benar yang wajib bagi zat Allah Ta’ala yang tiada disebabkan dengan sesuatu sebab. Maka wujud ( Ada ) – disisi Imam Fakhru Razi dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi bukan ia a’in maujud dan bukan lain daripada a’in maujud , maka atas qaul ini adalah wujud itu Haliyyah ( yang menepati antara ada dengan tiada)
.
Tetapi pada pendapat Imam Abu Hassan Al-Ashaari wujud itu ‘ain Al-maujud , kerana wujud itu zat maujud kerana tidak disebutkan wujud melainkan kepada zat. Kepercayaan bahawa wujudnya Allah s.w.t. bukan sahaja di sisi agama Islam tetapi semua kepercayaan di dalam dunia ini mengaku menyatakan Tuhan itu ada.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

” Dan jika kamu tanya orang-orang kafir itu siapa yang menjadikan langit dan bumi nescaya berkata mereka itu Allah yang menjadikan……………”( Surah Luqman : Ayat 25 )

 

Qidam artinya tidak permulaan ada-Nya, mustahil ada-Nya permulaan.

Pada hakikatnya menafikan ada permulaan wujud Allah s.w.t kerana Allah s.w.t. menjadikan tiap-tiap suatu yang ada, yang demikian tidak dapat tidak keadaannya lebih dahulu daripada tiap-tiap sesuatu itu.

Jika sekiranya Allah Ta’ala tidak lebih dahulu daripada tiap-tiap sesuatu, maka hukumnya adalah mustahil dan batil.

 

Maka apabila disebut Allah s.w.t. bersifat Qidam maka jadilah ia qadim. 

Di dalam Ilmu Tauhid ada satu perkataan yang sama maknanya dengan Qadim iaitu Azali. Setengah ulama menyatakan bahawa kedua-dua perkataan ini sama maknanya iaitu sesuatu yang tiada permulaan baginya. Maka qadim itu khas dan azali itu am. Dan bagi tiap-tiap qadim itu azali tetapi tidak boleh sebaliknya, iaitu tiap-tiap azali tidak boleh disebut qadim. Adalah qadim dengan nisbah kepada nama terbahagi kepada empat bahagian :

1 ) Qadim Sifati ( Tiada permulaan sifat Allah Ta’ala )

2 ) Qadim Zati ( Tiada permulaan zat Allah Ta’ala )

3 ) Qadim Idhafi ( Terdahulu sesuatu atas sesuatu seperti terdahulu bapa nisbah kepada anak)

4 ) Qadim Zamani ( Lalu masa atas sesuatu sekurang-kurangnya satu tahun )

Maka Qadim Haqiqi ( Qadim Sifati dan Qadim Zati ) tidak harus dikatakan lain daripada Allah Ta’ala

Baca Juga :